Monday 23 January 2012

KEWUJUDAN DINOSOUR DAN PERKAITANNYA DENGAN AL QURAN SERTA SAINS

Wujudkah Dinosour?kenapa ada bukti saintifik mengatakan dinosour itu wujud..sedangkan tak disebut dalam al quran dan hadis sahih?adakah konspirasi barat?

Soalan diatas sering didengari dan ditanya..untuk menjawab persoalan itu..renung2kan ayat al quran ini..
Allah SWT menggunakan perkataan 'Dabbah' bagi menunjukkan semua makhluk yang berada di bumi samaada di langit atau dibumi, yang hidup atau yang telah pupus (Quran, al-An'am:38)
Kenapa tidak disebut dalam al quran?
Tujuan Penurunan al-Quran:
1.Bukan sebagai sebuah buku sains atau buku sejarah, apatah lagi buku perihal binatang.
2.la adalah sebuah kitab yang diturunkan sebagai petunjuk dan khabar gembira bagi orang-orang yang bertakwa (Quran, al-Baqarah: 002).
3.ALLAH menggunakan perkataan 'Dabbah' bagi menunjukkan semua makhluk yang berada di bumi samaada di langit atau dibumi, yang hidup atau yang telah pupus (Quran, al-An'am: 038).
4.Peristiwa tentang binatang dan kejadian dalam al-Quran sebagai petunjuk tentang kekuasaan ALLAH agar manusia berfikir dan seterusnya mengkaji tentang makhluk ciptaanNya.

Bagaimana dengan hadis pula?
1.Tiada..kerana tidak semua binatang disebut oleh baginda.
2.Tidak semua hadis sampai kepada kita.
3.Rasulullah mungkin tahu kerana baginda mendapat wahyu terus daripada Allah..tetapi tugas baginda hanyalah menyampaikan dakwah Islam.

Bukankah Nabi Adam makhluk pertama?

Nabi Adam as. bukan makhluk pertama di bumi tetapi merupakan manusia pertama di bumi..kerana sebelum nabi Adam as. di turunkan ke bumi..Allah SWT telah menciptakan bumi ini dengan segala makhluk yang ada didalamnya. Di dalam Al Quran ada diterangkan tentang dialog malaikat dengan Allah tentang rencana Allah ingin menciptakan khalifah di bumi. Dari dialog tersebut membuktikan bahawa Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, tinggal lagi ingin menciptakan khalifah yang ingin mentakbirnya.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

(Surah Al Baqarah ayat 30) Memang sebelum wujudnya manusia (Nabi Adam) telah hidup makhluk-makhluk lain (seperti dinasour) dan sebagainya kerana dalam sebuah ayat, Allah telah mengajarkan kepada nabi Adam tentang makhluk-makhluk yang ada di dalam syurga dan perkara-perkara lain yang bersifat maya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Allah telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Allah berfirman: ' Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar '.

Malaikat itu menjawab : ' Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana '.
Allah berfirman: ' Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka '.
Allah berfirman: ' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan'."(Al Baqarah 31 - 33)
 Semoga apa yg disampaikan disini sedikit sebanyak membantu korang semua berfikir..adakah dinosour itu wujud?kita harus ingat..tiada yg mustahil bagi Allah SWT..renung2kan dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment