Monday 23 January 2012

TARDIGRADE - The Water Monster

Water monster/water bears atau moss piglets, itulah gelaran yang diberi kepada  TARDIGRADE ,iaitu satu hidupan mikroskopik yang tinggal di dalam air dan kawasan lembap serta mempunyai tubuh badan yang bersegmen dengan 8 kaki.
Nama Tardigrade yang bermaksud 'slow walker'  telah diberikan oleh Lazzaro Spallanzani.

Tardigrade dewasa  yang terbesar boleh mencapai panjang badan 1.5 milimeter , yang terkecil pula di bawah 0.1 mm. Larva yang baru menetas adalah lebih kecil daripada 0.05 mm.

Tempat yang paling mudah untuk mencari tardigrades  ialah pada ''lichens'' dan lumut. Persekitaran lain adalah bukit pasir, pantai, tanah, dan pada sedimen marin atau air tawar,

Tardigrades mampu untuk hidup dalam persekitaran yang melampau yang akan membunuh hampir mana-mana binatang lain. Sesetengahnya boleh hidup pada suhu rendah sehingga −273 °C, dan suhu yang tinggi sehingga 151 ° C , radiasi  sebanyak 1,000 kali lebih daripada binatang-binatang lain,dan boleh hidup hampir sedekad tanpa air.

nasib baiklah bende ni kite xleh nampak..kalau boleh nampak dgn mata kasar,agaknye takde org nk gi dekat2 lumut,pasir dan sebagainya..adoi..huhu ~ SaSa








No comments:

Post a Comment